Thursday, October 09, 2008

this is cute : PETUA TERCEKIK TULANG

Aku datang dari keluarga yg besar... 16 adik beradik, bila sesekaliberkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar danbest-best!!!Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila akubawa gayahidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"... maka adalah yg tak kenasanasini... Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi... (rujuk ustaz) lalu ada ygsound:"apahal duduk macam nak berlari ajer...""tak baik lutut tinggi pada makanan...""ni duduk ke nak berak nie..?"Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen... aku punbasuh tangan.
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang matiAllah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang.- Hutang kereta/rumah/ kahwin/study/ along bla bla bla!!!Sambung balik, aku pun berpikir... ada baiknya juga Nabi tak makanpakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macamaku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel keinconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susahtu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja... bentuk bulat kebentuk heksagon? oktagon? nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buatansuran mudah! jimat ! hanya RM1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedaiperabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hinggaakhir) tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:"Bismillah, barkatillah"Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulaksuara2 yg sound:"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satupinggan!!!"Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lainmakan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadarquantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3kepada 5... oh... tepuk dada tanya iman...Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "issh... pengotor betullah"Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!" (tapi akukata dalam hati sebab aku lelaki beriman)"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!" tanya diorang pada aku..."Makan ayam sedap sampai ke kaki... makan sate sedap sampai ke lidi hehe he" kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan... err maksud aku caraNabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topikdengan bertanya:"Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?"Abang aku kata: "sebab tengkuk lembu berat... bla bla bla..."Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebabmereka lapar!!! (tak lawak) ha ha ha!!!"Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapibila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dankambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, makadi kira ibadat. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah,namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang.
Hakikatnya kenyang datang darikudrat Allah" Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan... (bayangkan seorang mak ciksedang tercekik tulang).Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada ygsarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2,tapi masih tak berjaya... kesian mak aku..."Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulangtercekik camne? Cakap terer..." kata abang aku.Aku kata: "Senang sajer... Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..."Mak aku pun buat... tapi masih tak jadi...Aku kata: "Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkanseorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangandiluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengandan tengkuk di penuhi dengan rantai emas...) Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA... (semua org ketawa) - nasi berhembur-hembur di sana sini.Mak aku juga ketawa... sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar...semuanya dari Allah!!! He he he... selamat mencuba, ni bukan hadith, just pengalaman.

No comments: